Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider

 

 

 


chefhalimisteriS
ERI TEKO FOOD & BEVERAGE ( 001402360-H ) 
adalah sebuah syarikat milik bumiputera 100%. Syarikat ini telah beroperasi lebih sedekad lalu semenjak tahun 1993 . Kami menggunakan 'trademark' Pengantin Eksklusif.

 

Pengantin eksklusif memiliki pengalaman yang sangat luas khusus dalam Industri Perkahwinan Melayu Tanah air bertaraf eksklusif di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Perkhidmatan kami termasuklah sajian katering, mengendalikan majlis perkahwinan, menyediakan ruang untuk acara meminang, acara pernikahan serta mengurus menyelia dan mengatur cara majlis resepsi.

 

 

 

 

 

 

 

Kepakaran Kami adalah menguruskan Jamuan Majlis perkahwinan  :

1) Berkonsep Ala Garden Bungalow di Tmn Tasik Titiwangsa ( Sumira Place )

2) Berkonsep Dewan di Komplek Selayang Kapitol  ( Dewan Chef Halim )

3) Katering luar di rumah, dewan, resort , kelab DLL ( Outdoor katering )

 

Harga kami sangat berpatutan sesuai dengan Moto kami

“Eksklusif Tidak Semestinya Mahal

 

PROMOSI PAKEJ BASIC RM 13.90/pax SAHAJA

PAKEJ PROMOSI BANGLO EKSKLUSIF DI TENGAH-TENGAH BANDARAYA KUALA LUMPUR

DENGAN HARGA MAMPU MILIK !!!

IMG 6226

TEMPAH SEKARANG, TARIKH MAJLIS SEPANJANG TAHUN !!

DI SUMIRA PLACE, TAMAN TASIK TITIWANGSA

HUBUNGI HOTLINE UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT !!

019 333 2520 - CHEF HALIM

019 264 2520 - PN. ZAIMAH

 

 

DEWAN.MERDEKA13.9K

PROMOSI RM 13.90/pax SAHAJA

PAKEJ PROMOSI DEWAN EKSKLUSIF

DENGAN HARGA MAMPU MILIK !!!

TEMPAH SEKARANG, TARIKH MAJLIS SEPANJANG TAHUN !!

DI DEWAN CHEF HALIM, SELAYANG CAPITOL KOMPLEKS

HOTLINE KAMI:

019 333 2520 - CHEF HALIM

019 264 2520 - PN. ZAIMAH

================================================

 

Maklum balas dan testimoni dari semua majlis yang telah kami uruskan terbukti mampu memberikan kepuasan dan kegembiraan di pihak tuan rumah, pasangan pengantin dan para tetamu undangan mereka.  

 

Sumira Place adalah sebuah lokasi majlis pertunangan, pernikahan dan persandingan yang ideal. Ia merupakan sebuah banglo dua tingakat yang dipagari sekelilingnya oleh tembok keselamatan konkrit. Terdapat sebuah kolam renang menghiasi suasana pemandangan ala-garden di hadapan banglo ini.

Banglo ini dipinjamkan oleh Dr. Abd Halim Hj. Mahali Al-Haj percuma tanpa bayaran sebagai sebahagian daripada kerja amalnya untuk membantu masyarakat setempat di Kuala Lumpur yang tiada ruang atau tempat untuk melangsungkan walimatul-urus atau acara persandingan mereka.

Persekitarannya sangat eksklusif dan elit, terletak di No.10, Jalan Persiaran Titiwangsa,Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Lokasinya berhampiran dengan Taman Tasik Titiwangsa yang terkenal dengan taman tasik rekreasi tumpuan penduduk sekitar Kuala Lumpur, jadi sangat mudah untuk semua orang sampai ke sini. Panorama dari anjung tingkat atas banglo ini jelas kelihatan bangunan KLCC serta sebahagian Bandaraya Kuala Lumpur.

Ruang di sekitar kolam renang yang cukup luas untuk memuatkan jemputan seramai 1000 hingga 2000 orang dengan konsep buffet layan diri. Tiga stesyen buffet disediakan untuk melancarkan perjalanan majlis dan keselesaan tetamu yang hadir.  

Dalaman banglo dilengkapi dengan penghawa dingin. Sebuah bilik pengantin disediakan untuk kemudahan persiapan mempelai, bilik keluarga, ruang solat, sebuah pelamin nikah dan sebuah pelamin persandingan di ruangan utama. Pendek kata semuanya tersedia cantik.

Pasukan Wedding Organizer disediakan termasuk anggota RELA untuk bertugas menjaga keselamatan, Penyelia Majlis, PA system dan pengacara majlis professional untuk tujuan memastikan perjalanan majlis di sini semuanya dapat berlangsung dengan tenang, teratur dan tidak mengganggu jiran tetangga serta lalu lintas di jalan raya.

Banglo ini sangat membantu penduduk setempat Kuala Lumpur serta sekitarnya yang kesempitan ruang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Mengadakan majlis perkahwinan di banglo ini terbukti banyak membantu menjimatkan perbelanjaan anda kerana moto di banglo ini ‘EKSKLUSIF TIDAK SEMESTINYA MAHAL’